Visit Our Global Site

Projek Maybank merupakan tuangan konkrit berterusan ketiga terbesar dalam sejarah di dunia dan yang terbesar di Asia Tenggara. Projek ini menggunakan 70,000 lb. Xypex Admix C-2000 dan memakan masa 60 jam untuk mencurahkan papak asas yang tebalnya berbeza-beza daripada 3 kaki hingga 18 kaki.

Pengedar

Hantar E-mel
  • Dunia Antarabangsa Xypex

    Konkrit merupakan produk sejagat yang antara lain, menghalang air daripada keluar masuk. Bagaimana pula jika konkrit gagal dan air dapat meresap? Masalah yang boleh menjadi besar. Ini kisah Xypex di seluruh dunia, kuasa produk pembaikan konkrit yang hebat — dan kisah bagaimana berniaga dengan barang yang betul berjaya menjadikan Xypex peneraju pengkalis air konkrit.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/W20Fmi7ur8w
    1
  • Pengenalan kepada Teknologi Crystalline Xypex

    Asas kepada pembangunan Teknologi Crystalline Xypex ialah pemahaman yang menyeluruh tentang sifat kimia dan fizikal konkrit. Konkrit sebenarnya berliang. Kapilari-kapilarinya ibarat terowong, membentuk sebahagian daripada jisimnya, dan membenarkan air dan cecair lain lalu.

    Penyelidik-penyelidik di Xypex nampak peluang untuk membuat rawatan kimia yang dapat mengisi kapilari ini dan menghalang air serta cecair lain daripada menembusi dari mana-mana arah. Struktur tersepadu ini mengisi kawasan berkapilari menjadikan konkrit kalis air.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/Nt9jG9WDnyQ
    2
  • Animasi Teknologi Crystalline Xypex

    Cara Teknologi Crystalline Xypex mengkalis air dan melindungi konkrit terus menawan dan menarik hati penentu dan kontraktor konkrit di seluruh dunia. Melalui pandangan kapilari yang diperbesarkan, animasi menggambarkan cara Xypex menembusi konkrit dan tindak balas mangkin terhasil yang seterusnya menyebabkan pembentukan kristal tidak larut dan struktur konkrit yang kalis air secara kekal walaupun diberikan tekanan hidrostatik yang melampau.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/BfKGbWUmAoE
    3
  • Pemasangan Xypex Coating

    Produk-produk Xypex Coating, untuk aplikasi permukaan, adalah sebahagian daripada sistem pengkalis air dan perlindungan konkrit Xypex dan merupakan salah satu daripada tiga cara berlainan untuk memasang Teknologi Crystalline Xypex ke dalam konkrit.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/iCXf5QD7REM 4
  • Pemasangan Xypex Admix

    Produk-produk Xypex Additive, ditambah kepada konkrit pada masa pengelompokan, adalah sebahagian daripada sistem pengkalis air dan perlindungan konkrit Xypex. Ia merupakan salah satu daripada tiga cara berlainan untuk memasang Teknologi Crystalline Xypex ke dalam konkrit.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/hWaAfBV9DpI 5
  • Pemasangan Xypex Dryshake

    Produk-produk Xypex Dryshake, untuk permukaan mendatar, adalah sebahagian daripada sistem pengkalis air dan perlindungan konkrit Xypex dan merupakan salah satu daripada tiga cara berlainan untuk memasang Teknologi Crystalline Xypex ke dalam konkrit.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/6rLqCnMQkM8 6
  • Pembaikan Konkrit Xypex

    Xypex menyediakan beberapa produk khusus untuk pelbagai aplikasi pembaikan konkrit seperti menghentikan pengaliran air, menampal, menurap dan memulihkan konkrit, dan juga membaiki keretakan.

    » Mainkan Video

    http://www.youtube.com/embed/zUduZjTNAw0 7